PROGRAM MOTIVASI, SEMINAR ICT, TIPS PELAJAR CEMERLANG DAN KEMAHIRAN MUDAH BELAJAR

| Metaglobe Asia (JM0699228-M) | Official Website | www.metaglobeasia.com | Office 07-3334020 | Mobile 012-7140210 014-9198238 | HQ Johor Malaysia |

SEMINAR KEUSAHAWANAN, TRANSFORMASI DIRI, MINDA KREATIF PELAJAR SEKOLAH DAN KOLEJ

| Metaglobe Asia (JM0699228-M) | Official Website | www.metaglobeasia.com | Office 07-3334020 | Mobile 012-7140210 014-9198238 | HQ Johor Malaysia |

TEAM BUILDING, KEPIMPINAN, PATRIOTIK, HALA TUJU DAN KERJAYA PELAJAR LEPASAN SEKOLAH

| Metaglobe Asia (JM0699228-M) | Official Website | www.metaglobeasia.com | Office 07-3334020 | Mobile 012-7140210 014-9198238 | HQ Johor Malaysia |

SEMINAR MEMBINA WEBSITE, BLOG PELAJAR DAN SEKOLAH, KEUSAHAWANAN ONLINE PELAJAR

| Metaglobe Asia (JM0699228-M) | Official Website | www.metaglobeasia.com | Office 07-3334020 | Mobile 012-7140210 014-9198238 | HQ Johor Malaysia |

KEM POTENSI DIRI, KEM SURVIVAL, KEM JATI DIRI, PATRIOTISME, KOMUNIKASI DAN PEMASARAN

| Metaglobe Asia (JM0699228-M) | Official Website | www.metaglobeasia.com | Office 07-3334020 | Mobile 012-7140210 014-9198238 | HQ Johor Malaysia |

Program Motivasi Transformasi Minda Kreatif 2015


Program Motivasi Transformasi Minda Kreatif Sekolah & Kolej 2015

Sessi Program Jelajah Sekolah & Kolej diteruskan bagi tahun 2015 di sekolah-sekolah, kolej, politeknik dan IPT. Kepada para guru dan pensyarah dan pelajar yang dikasihi sekalian, program khas ini amat memberi impak luarbiasa kepada minda pelajar yang mana menjadi panduan menjana minda kreatif dan menjadi insan berjaya, selain kualiti akademik (IQ) yang diperlukan, kita juga memerlukan 'Emotional Quality' (EQ) yang tinggi. 

Kehidupan kian mencabar, keperluan lain iaitu minda kita amat memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan yang cemerlang dan berjaya. Program ini bakal menjadi Anjakan Paradigma terhadap peranan minda kita agar menjadi lebih kreatif, inovatif, cekap dan naluri yang tinggi. Maklumat lengkap dan kertas kerja akan diberi kepada sekolah-sekolah, kolej, politeknik dan IPT yang berminat untuk menganjurkan program ini.  

Program Minda Kreatif | Program Kepimpinan | Program Keusawanan | Program ICT |  Program Team Building | Program Minda Kreatif | Program Patriotik | Dan Banyak Lagi..  

Assalamualaikum WBT kepada para pendidik dan para pelajar yang dihormati lagi dikasihi sekalian, Metaglobe Asia yang dahulunya dibawah pimpinan (Metafora Global Resources Sdn Bhd) adalah penyedia bidang motivasi, kepimpinan dan seminar-seminar keusahawanan akan menganjurkan program-program khas kepada pelajar sekolah, kolej, matrikulasi, politeknik dan IPT 

Kini ilmu, pengalaman dan kepakaran Metaglobe Asia dikongsi untuk menaiktaraf tahap IQ dan EQ pelajar dalam memajukan pencapaian dan meningkatkan prestasi kemajuan anak bangsa generasi melayu khususnya dalam menggembleng sahsiah diri, keyakinan diri, mental dan fizikal, ilmu kehidupan, kreatif inovatif dan banyak lagi. Kecemerlangan para pelajar merupakan aset penting dalam kemajuan sesebuah negara. Ianya berkait rapat dengan kualiti minda yang mapan dan matang.
Khas buat para pendidik dan sekolah-sekolah yang berminat untuk menganjurkan program motivasi dan kursus keusahawanan pelajar, kursus ICT, mahupun ingin melihat pelajar sekolah anda berfikiran kreatif dan berminda pintar, boleh hubungi kami untuk penganjuran program ini di sekolah/ipt anda. Semoga ilmu dan pengalaman yang disampaikan bakal mampu membimbing anak-anak dan para pelajar ke arah yang jauh lebih membina dan positif serta memiliki potensi daya pemikiran yang cemerlang dan terbilang. 

"Ilmu itu amat penting dalam memajukan diri, amal pula ibarat jentera yang menggerakkannya, tanpa ilmu siapalah amal, tanpa amalan dari ilmu itu pula tiada ertinya"

Hubungi Metaglobe Asia

012-7140210 / 014-9198238




~ wassalam ~

Info Berkaitan Otak Manusia


Info Berkaitan Otak Manusia

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi lagi dihormati sekalian, disini saya ingin berkongsi tentang beberapa fakta yang harus anda tahu tentang otak kita. Terdapat beberapa fakta misteri tentang otak manusia mulai terungkap hasil daripada kajian yang dilakukan oleh para saintis. Mungkin ada beberapa fakta yang sebelum ini mungkin tidak pernah terpikir oleh kita, oleh itu rajin-rajinkan lah diri membaca :-

Otak adalah merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh kita. Ia menganalisa maklumat dan seterusnya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. 
Otak merupakan punca kepada lahirnya akal fikiran, mood, dan emosi. Otak adalah salah satu organ yang paling menakjubkan di dalam tubuh manusia, kerana ia dapat mengendalikan sistem saraf pusat agar boleh bekerja secara normal. Otak manusia sangatlah kompleks dan terdiri sekitar 100 milion saraf (neuron) dan banyak aktiviti berbeza terjadi di dalam otak dalam satu masa. Oleh itu, otak termasuk salah satu organ vital dalam kehidupan manusia. Antara beberapa fakta yang ingin saya kongsikan kepada anda semua  adalah seperti di bawah :

1. Otak masih aktif walaupun kepala dipenggal.

Berdasarkan pengamatan beberapa kisah diketahui bahawa otak manusia tetap aktif selama beberapa detik setelah kepala dipenggal. Namun para doktor percaya bahawa hal tersebut merupakan refleksi otot. Boleh dikatakan, ada antara mereka yang telah mati tetapi anggota badan bergerak seketika itu adalah berpunca dari refleksi otot.
.
2. Otak mampu menerima maklumat dibawah sedar 

Otak kita dapat menerima maklumat dibawah sedar sehingga nantinya akan mempengaruhi perilaku orang tersebut. Banyak syarikat menggunakan hal ini sebagai tunjang promosi untuk mempengaruhi seseorang agar mahu membeli produknya. Contohnya, dengan memainkan iklan yang mampu mempengaruhi minda separa sedar kita, kita akan sentiasa terfikir dan tertarik akan produk yang pernah otak kita fikirkan atau nampak.
.
3. Ubat-ubatan mampu menyebabkan lubang di otak.

Salah satu penelitian menunjukkan penggunaan ubat seperti marijuana boleh menghilangkan sedikit memori, sedangkan untuk ubat seperti kokain atau ekstasi dapat menimbulkan lubang di otak. Sebenarnya perkara yang dapat menimbulkan lubang di otak adalah akibat adanya trauma atau kecederaan fizikal Selain itu, penggunaan ubat-ubatan jangka panjang dapat menyebabkan pertumbuhan tidak normal pada otak yang bersifat kekal, oleh itu sulit untuk mengubah perilaku  seorang penagih ubat tersebut. Contohnya, dadah merupakan ubatan yang kronik yang menyebabkan penagih dadah ketagihan.
.
4. Otak manusia berwarna kelabu.

Beberapa bahagian dari tubuh memiliki warna tersendiri untuk darah, otot, tulang atau cairan lain. Tapi jika otak manusia diawetkan dalam stoples meskipun masih berdenyut kebanyakannya berwarna kelabu, kerana itu seluruh otak kadang kala disebut sebagai jasad kelabu. Namun otak juga tetap mengandung jasad putih yang terdiri dari serat saraf untuk menghubungkan jasad kelabu.

Sedangkan komponen yang berwarna hitam disebut dengan 'substantia nigra' yang merupakan 'neuromelanin' hitam, iaitu pigmen khusus yang sama dengan warna kulit dan rambut dan merupakan sebahagian daripada 'ganglia'.
.
5. Otak manusia merupakan otak yang paling besar.

Beberapa binatang boleh menggunakan otaknya untuk melakukan berbagai hal seperti yang dilakukan oleh manusia. Tetapi sebenarnya otak manusia adalah paling besar dibandingkan dengan otak binatang manapun. Rata-rata berat otak manusia dewasa sebesar 1.361 kilogram, berat ini hampir sama dengan ikan lumba-lumba yang dianggap sebagai haiwan yang cerdas dan pintar. Kelebihan manusia berbanding binatang adalah kita manusia dikurniakan akal fikiran yang teramat tinggi kurniaan sebagai makhluk di muka bumi.

6. Banyak berfikir mampu meningkatkan memori ingatan

Dengan banyak berfikir, percayakah anda bahawa ketajaman minda anda akan lagi tajam dan kuat? Sekiranya anda suka berfikir dan berfikir secara rasional, daya ingatan anda semakin tajam. Oleh itu, bagi mereka yang suka berfikir mampu untuk menghafal, mengingat, serta masih mampu mengimaginasikan pengalaman lampau yang mungkin orang lain sudah lupa, kebiasaannya kenangan pahit atau manis dalam hidup seseorang, pasti anda tidak dapat lupakan bukan.. Banyakkan berfikir kerana semakin kita mengasah otak kita, ianya akan semakin berfungsi dengan baik kerana cas-cas antara neuron otak sentiasa berfungsi dengan baik.


Topik otak manusia bukan otak-otak okey..!! ;-)



~ Wassalam ~

Jadilah Seperti Benih Terbaik



Jadilah Seperti Benih Terbaik

Seorang CEO hendak mewariskan syarikat perniagaannya kepada pekerja harapannya tetapi agak sukar untuk mencari yang terbaik kerana beliau mempunyai beberapa pekerja di bawah pimpinannya.

Oleh itu CEO tersebut memanggil kesemua eksekutifnya dan masing-masing diberikan sebiji 'benih' dan berkata,

 “Siramlah benih ini dengan teratur, pelihara, dan kembalikan kepada saya 6 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari biji benih ini. Barangsiapa yang membawa hasil terbaik dari biji benih ini, pemiliknya akan layak menjadi pengganti saya sebagai CEO syarikat perniagaan ini.”

Salah seorang pekerjanya, Abdul, pulang ke rumah membawa benih yang diberi. Setiap hari dia menyiram benih tersebut dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.

Setelah 6 bulan, di pejabat, eksekutif yang lain sering bercerita pasal tanaman masing-masing, sedangkan Abdul pula melihat TIADA PERUBAHAN langsung yang terjadi kepada benih kepunyaannya. Benihnya tidak tumbuh malah tiada langsung menunjukkan anak benih akan tumbuh.


Dia merasakan bahawa dirinya  akan GAGAL..

Setelah 6 bulan, seluruh eksekutif menghadap CEO, mempersembahkan hasil benih yang telah diberi 6 bulan lepas. Abdul berkata pada isterinya bahawa dia malu untuk membawa pasu yang kosong, namun isterinya memberi galakan kepadanya untuk menyatakan perkara yang sebenar. Abdul menyedari bahawa isterinya menyarankan PERKARA YANG BENAR iaitu itulah perkara yang terjadi walaupun dia menjaga dan menyiram setiap hari.

Apabila memasuki ruangan mesyuarat, Abdul membawa sebuah pasu yang kosong. Seluruh mata memandangnya dengan kasihan dan ada yang tertawa menyindir. Ketika CEO memasuki bilik mesyuarat, dia memandang keindahan pelbagai tanaman itu, hingga akhirnya dia berhenti di depan Abdul yang tertunduk malu tanpa sebarang kata.

CEO memintanya maju ke depan dan menceritakan TRAGEDI yang menimpanya sepanjang 6 bulan lepas hinggakan tiada langsung anak pokok yang hidup.

Abdul menceritakan dengan jujur sambil tertunduk malu. Ketika dia selesai bercerita, CEO berkata, “Berikan tepukan yang sangat gemuruh untuk Abdul, beliau CEO kita yang baru”. Manakala eksekutif yang lain pula tertunduk malu dan segan dengan Abdul..

CEO itu menyambung, “Saya memberikan kepada anda semua sebiji benih yang sebelum itu telah saya rebus dengan air panas sehingga mati dan tidak mungkin tumbuh. Melihat benih itu tidak tumbuh, anda semua telah menukarnya dan berbohong kepada saya. Tetapi tidak dengan Abdul, walaupun semua orang inginkan jawatan sebagai CEO, namun dia mahu berkata perkara yang sebenar walaupun mungkin dia merasa akan gagal.”
 
Pengajarannya | Ini hanyalah sebuah cerita sahaja dan tidak mungkin akan ada CEO yang akan melantik penggantinya dengan biji benih tetapi di sebalik cerita ini menyatakan betapa pentingnya berkata benar, jujur pada diri sendiri. Ramai antara kita yang memberi laporan palsu kepada pihak atasan supaya tidak kena marah malah akan dipuji dan dinaikkan pangkat walaupun terpaksa berbohong.

Ingatlah, anda mungkin tidak mendapat balasan di dunia tetapi jika kita jujur, insyaAllah kita akan mendapat balasan di akhirat nani. 'berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran'


~ Ibarat sebiji benih yang baik ~

Dicampak ke tanah menjadi emas.. Dicampak ke laut menjadi mutiara .. Dicampak ke pasir menjadi berlian .. Dicampak ke awan menjadi hujan .. Dicampak ke langit menjadi bintang ..
campaklah ia ke penjuru manapun .. akan tumbuh menjadi sesuatu yang berguna ..

***************

Setelah membaca artikel ini, dapat disimpulkan bahawa kejujuran itu teramat penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan kejujuran itu, orang dapat menilai sejauh mana iman dan pegangan hidup kita. Dewasa kini ramai orang mengambil kesempatan dari kesempitan orang lain dan mengambil langkah mudah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Semoga kita mendapat pengajaran berguna dari kisah ini dan sentiasa jujur pada hati dan jujur pada diri =) insyaAllah hidup kita disayangi dan diberkati.. ~



Seminar Program Transformasi Diri & Motivasi Pelajar 2015 
Coach Rizal
012-7140210





~ Wassalam ~

Teknik Dan Tips Membina Minda Kreatif



Teknik Dan Tips Membina Minda Kreatif

Otak manusia adalah satu kurniaan yang sangat tidak ternilai harganya. Manusia juga yang turut dikurniakan akal fikiran menjadikan diri kita makhluk paling tinggi di muka bumi ini. Oleh itu, kita memang seharusnya menggunakan akal fikiran dan menjaganya sebaik mungkin. Sebut tentang otak, sememangnya ramai yang inginkan otak mereka cerdas, cergas dan cerdik. Disini saya kongsikan beberapa tips dan kaedah untuk meningkatkan tahap kecerdasan otak anda. Diharap maklumat ini berguna kepada semua golongan terutama mereka yang sedang dibangku sekolah dan mencari kaedah untuk membantu mencerdaskan otak =)

Para ilmuwan dari University of California, Berkeley, AS, pernah meneliti otak tikus. Mereka menemukan, otak tikus tumbuh sebesar 4 peratus apabila tikus-tikus itu dipaksa menjalankan tugas mental setiap hari, contohnya seperti mencari jalan keluar dari lorong yang berliku, memanjat tangga, dan berkomunikasi dengan tikus-tikus lain. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana perkembangan otak ketika sesuatu makhluk itu dalam keadaan berfikir dan mencari jalan penyelesaian.

"So, kenapa nak samakan otak kita dengan otak tikus..!!??",  well, itulah peranan akal kita untuk berfikir dan mengkaji =) sedangkan otak tikus saja mampu dilatih untuk tumbuh dan berkembang baik, apalagi otak manusia. Jika semakin dilatih, otak kita pasti kian tajam dan berfungsi dengan sangat baik. Kehilangan daya fungsi ingatan dalam jumlah tertentu pada usia kita berapa pun adalah wajar, sama seperti terjadinya perubahan pada organ tubuh lain. Yang penting, jangan malas untuk rajin melatih otak kita agar daya fungsi ingatan tetap kuat sepanjang masa. Sentiasa berfikir dan sentiasa menggunakan otak untuk berfikir adalah satu kaedah untuk membina kecerdasan otak anda, perumpamaan yang mampu saya berikan adalah seperti enjin kereta yang sentiasa diguna dengan enjin kereta yang terlalu lama disimpan didalam garaj, apabila anda paksa untuk bergerak pastinya kereta itu akan meragam kalau tak dipanaskan enjin dulu.

Antara tips bagaimana meransang otak anda menjadi lebih cerdas :

1. Latih kemampuan mengamati

Perhatikan lingkungan sekitar, rakam dalam fikiran apa yang anda lihat, mulakan dari yang paling sederhana dan diteruskan dengan pemerhatian yang lebih rumit.

2. Asah pancaindera

Mampu dilatih dengan membezakan rasa makanan yang disukai dan yang tidak. Menyedari bau dan aroma di sekitar atau bunyi-bunyian yang ada di jalan atau mungkin rasa panas atau dingin udara di sekitar anda.

3. Cuba hafal nama rakan-rakan dan pasangkan nombor telefonnya

Ada berapa yang mampu diingat, teruskan latihan supaya anda mampu mengingat dengan lebih banyak.

4. Pelajari sesuatu yang baru

Banyak membaca dan berkenalan dengan perkara-perkara lain yang mungkin bukan bidang anda, antaranya seperti bahasa asing, pengetahuan tentang bahasa komputer, dan lain-lain. Teknik ini mampu membantu otak anda untuk menganalisa fikiran dan menghantar input ke otak bahawa ada sesuatu perkara dari aktiviti lain sedang berlaku.

5. Gunakan tangan supaya mengikuti petunjuk otak

Misalnya anda bermain gitar, mengubah dan menggunting pokok bonsai dari imaginasi anda, mengerjakan prakarya dari kayu, atau berlatih menulis tulisan halus. Perkara ini melatih otak anda untuk mempunyai daya imaginasi dan visi yang tinggi. Kemampuan anda berimaginasi terhadap sesuatu yang anda bayangkan dan mendapat hasil seperti apa yang anda imaginasikan.

6. Tekuni hobi anda

Gunakan kesempatan untuk mengembangkan hobi anda. Hal ini kerana jika anda meminati hobi anda, setiap perbuatan terhadap hobi itu akan terfokus pada perkara yang anda lakukan. Ada ketikanya, sewaktu anda melakukan hobi bermain gitar misalnya, tiba-tiba anda mendapat ilham untuk mencipta satu lagu baru. Perkara seumpama itu berlaku kerana otak anda bukan saja mampu menerima input yang anda sampaikan malah ianya mampu berfungsi sendiri dengan baik. Kekalkan momentum itu sekiranya ada pada diri anda.

7. Jangan manjakan diri anda dengan makan suap

Apa yang saya maksudkan disini adalah bagaimana anda melatih otak anda untuk terus berfungsi dengan baik sekali. Kebiasaannya sewaktu anda ingin memasak di dapur, anda akan memasak mengikut bahan yang telah anda beli di pasar. Dan sekiranya bahan itu tiada atau terlupa hendak dibeli, anda sudah tidak dapat memasak dan terpaksa pergi semula ke pasar untuk memasak. Cuba anda terbalikkan situasi ini, dengan melihat bahan masakan, baru anda fikirkan apakah menu yang sesuai dari bahan-bahan yang ada =)

8. Hafalkan sesuatu yang anda sukai 

Ianya mungkin seperti sebuah puisi, bait lagu, kalimat dari sebuah buku atau kata-kata seseorang. Mungkin juga anda usahakan agar kalimat yang digunakan adalah dalam bahasa asing. Boleh saja anda menghafal sebuah lirik lagu "Gun & Roses" walaupun anda tidak faham apa maksud liriknya bukan. Adalah lebih baik jika anda mampu menghafal ayat-ayat Al-Quranul Qarim =)

9. Menghafal urutan angka berderet panjang, misalnya 32145687390282930498

Ini adalah bentuk latihan memperbaiki daya ingat jangka pendek. Lakukan dengan mengkelompokkan atau memecah bilangan itu menjadi beberapa bahagian, misalnya seperti 3214568 kemudian 7390282 dan terakhir 930498. Ini juga antara sebab kenapa "top up card" untuk telefon bimbit anda dibahagi kepada beberapa bahagian nombor. Supaya anda mudah faham dan hafal.

10. Ingat perjalanan peribadi

Apa yang sedang anda kerjakan satu jam lalu, minggu lalu pada hari Rabu pukul 10.00, misalnya, dengan siapa, di mana, dan seterusnya. Kebiasaannya kita tidak mampu mengingat segala memori silam kecuali ianya memberi sesuatu makna atau kenangan dalam hidup anda, oleh kerana itu anda mampu mengingat, tapi bagaimana pula dengan memori lain..? Anda lupa adalah kerana ianya tidak ditekan dalam kotak memori otak anda.

11. Ingat dan teliti wang pengeluaran harian

Apa yang anda beli semalam..? Berapa wang yang ada dalam dompet anda sekarang dan bila terakhir kali anda mengambil wang tunai dan seterusnya.

Latihan-latihan seumpama ini akan memungkinkan sel otak anda akan tetap aktif dan jaringan penghubung antara sel-sel otak semakin rapat. Kegiatan mental yang bertindak akan meningkatkan jumlah litar pintas aktif atau sinapsis dalam otak. Semakin banyak litar pintas berlaku, semakin banyak perhubungan dan integrasi sel, maka makin besar lah kemampuan otak anda untuk mengingat dan cerdas.
 
Selain itu, perbanyakkan aktiviti berbentuk soalan, kerapkan menjawab soalan berbentuk subjektif dan lakukan 5W1H ( What, Why, Who, Where, When, How). Lakukan simulasi permainan yang mana memungkinkan daya ingatan dan kecerdasan otak anda untuk mampu berfikir diluar kotak. Terlalu banyak untuk saya kupas sekiranya ingin diterangkan disini. Bagaimana caranya..? Sertai program motivasi saya "Transformasi Minda" dan disitu anda akan dilatih dan di ajar bagaimana menjana minda dan otak yang cerdas serta teknik-teknik penting sebagai asas menjadikan anda seorang yang kreatif dan inovatif. 


Teknik TRIZ, simulasi, i-think,  BSUR, creative innovative, puzzle, dan banyak lagi..! Sesungguhnya, mempunyai otak yang cerdas dan cerdik adalah impian ramai orang. Dari situ anda akan dapati bahawa diri anda mula dihargai dan diperlukan oleh ramai pihak samada dari tempat kerja anda sekarang mahupun dalam kehidupan seharian =)

Semoga dengan sedikit penerangan ini mampu menjadikan anda antara salah seorang yang unik, kreatif dan inovatif. Terutama kepada pelajar dan lepasan sekolah yang masih ragu-ragu akan potensi diri anda, akan ke mana hala tuju anda, dan juga apa kelebihan terpendam dalam diri yang anda sendiri tidak pasti. Sertai program motivasi jelajah sekola 2015 saya iaitu "Transformasi Minda" yang banyak saya tekankan dalam pemikiran anak-anak yatim dalam seminar amal (charity) yang lepas-lepas. Otak dan akal fikiran adalah satu kurniaan yang sangat bernilai dalam kehidupan. Hargai dan sayangi otak anda =) Bagi pihak sekolah, kolej, IPT dan para pendidik diluar sana yang ingin menganjurkan program Transformasi Minda ini di organisasi tuan puan, bolehlah hubungi 012-7140210 (Coach Rizal) atau emelkan ke metaglobeasia@gmail.com untuk sebarang makluman lanjut dan penjadualan program. Kertas kerta lengkap akan kami lampirkan kepada pihak penganjur untuk senarai program-program motivasi, minda kreatif dan keusahawanan yang bersesuaian dengan kehendak terkini. Sekian, terima kasih



Program Seminar Sekolah, Kolej , IPT
012-7140210


~ wassalam ~

Tips Menjadi Manusia Berfikiran Luas


Tips Untuk Menjadi Manusia Yang Luas Pemikiran 

1. Berhenti dari memandang keburukan orang lain. Jika seseorang itu buat sesuatu yang buruk pada pandangan mata anda, jangan menyampah dengan perbuatannya itu, tetapi biarkan sahaja dia. Itu haknya mmembuat apa yang dia suka. 

2. Jangan mengumpat atau mencela, tetapi ambil pengajaran dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa, baik attau buruk. Jika sesaat kita sudah memandang kepada yang negatif, maka seminit kita akan mula berfikiran negative. Fikiran kita lebih menjurus kepada yang negatif.

3. Jika kita selalu berfikiran negatif, gelombang minda kita akan menarik semua yang negatif. Jika kita suka berkata tentang keburukan orang lain dan suka mengadu mengenai ketidakpuasan hati kita pada orang lain, maka apa yang kita katakan itu akan datang pada diri kita sendiri.

4. Kita perlu banyak berfikiran positif, optimis dan melihat kebaikan lebih banyak dari keburukan dalam apa jua keadaan. Kita harus bersangka baik tidak kira pada sesiapa jua, tidak kira di mana dan tidak kira bila.

5. Fikir baik di balas baik, fikir jahat dibalas jahat. Jika kita mudah berfikir yang negatif terhadap semua orang, situasi, perkara dan keadaan, negatif juga hasil yang kita akan dapat nanti.

6. Elak untuk berkata keburukan orang lain dan latih diri untuk sentiasa kagum pada orang lain walau sekecil mana pun kehebatan dirinya. Andai dia sekadar seorang tukang sapu, kita harus bangga pada kerajinan dirinya menyapu dan fokus dirinya pada kerja penyapuan yang dilakukannya, bukan memandang rendah pada taraf pekerjaan dan taraf sosialnya.

7. Kita perlu awasi perkataan yang keluar dari mulut kita setiap masa. Kerana setiap apa yang keluar dari mulut biasanya adalah apa yang minda kita sedang fikirkan. Oleh itu, sekiranya anda terlalu banyak menceritakan keburukan orang lain, maka hati dan fikiran dalaman anda adalah buruk begitulah sebaliknya. 

8.  Dalam mencapai pemikiran yang luas dan terbuka, kita juga boleh praktikan beberapa keperluan perkara dalam sebuah kehidupan iaitu Harapan, Keikhlasan & Kejujuran, Kasih Sayang, Ketenangan, dan Kepercayaan. Jika kita mampu aplikasikan kesemua perkara ini hidup kita akan lebih teratur, positif dan sentiasa berfikiran luas tanpa rasa ragu-ragu.



~ Wassalam ~